Pada tanggal 27.12.2010 lahirlah seorang bayi yang diberi nama Nur Raudhah Mardhiah. Lahirnya secara normal di Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak. Disambut oleh Doktor Norkedah. Doktor yang sama juga check up baby dan Umminya sewaktu dari awal kandungan sehinggalah pada waktu bersalin. Berat Raudhah semasa lahir adalah 3.18 Kg. Alhamdulillah, syukur padaMU, YA ALLAH..Raudhah selamat dilahirkan dan sihat sejahtera. Perasaan sewaktu itu berbaur2..macam2 rasa. nak nangis gembira, dan panjang memikirkan hari2 mendatang setelah kehadiran orang baru.
Bak kata Kak Aniza(kawan dan juga bos di Unit Audit Dalam, MAIWP)..ucapan tahniah diiringi dengan kata2 "Selamat Menjalani Fasa Baru Dalam Kehidupan Berumahtangga". Memang fasa baru, kehadiran seorang anak yang mengubah segalanya iaitu mengubah rutin harian dalam kehidupan. ~Akan Disambung Dari Semasa Ke Semasa~~~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
terima kasih