Selasa, 5 Mei 2015

Penyakit kardiovaskular

Penyakit kardiovaskular merupakan pembunuh nombor satu di kalangan rakyat Malaysia dan dua setengah kali ganda lebih tinggi berbanding kematian berpunca daripada kanser, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kebangsaan Jantung Malaysia.

Manakala, mengikut perangkaan Organisasi Kesihatan Dunia, sejumlah 37 peratus kematian di Malaysia berpunca daripada penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok.

Kebanyakan pakar kesihatan mencadangkan gejala ini boleh dicegah dengan meningkatkan amalan gaya hidup harian seperti diet seimbang, mengambil suplemen berkualiti, senaman secara teratur, tidak merokok dan memastikan berat badan ideal.  Coenzyme Q10 (CoQ10) merupakan salah satu daripada suplemen kesihatan yang amat penting untuk kesihatan jantung kita.

CoQ10 membantu jantung lebih sihat dan bertenaga 

Apa itu Koenzim Q10 dan mengapa ia penting untuk tubuh kita?

CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan
ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. Namun, ia
lebih banyak ditemui di dalam organ-organ yang bekerja lebih keras dan
memerlukan tenaga selular yang banyak untuk organ seperti jantung, hati,
buah pinggang dan pankreas berfungsi.

CoQ10 amat penting bagi jutaan sel tubuh, menghasilkan tenaganya
sendiri untuk kekal berfungsi. Untuk menghasilkan tenaga ini, sel-sel
tubuh membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan.
Nutrien ini kemudiannya terurai dan ditukarkan kepada tenaga, dan
proses tersebut memerlukan kehadiran CoQ10 sebagai pencetus tenaga.
Proses penghasilan tenaga ini diulang beribu kali pada setiap saat untuk
membolehkan jantung kekal berdegup dan seterusnya membolehkan
organ-organ tubuh lain berfungsi bagi membekalkan aliran tenaga yang
berterusan. Tanpa CoQ10, sel-sel lain tidak dapat menghasilkan tenaga
dan organ tubuh lain tidak dapat berfungsi dengan baik bagi menyokong
kehidupan.

CoQ10 telah ditunjukkan dapat membantu mengukuhkan otot-otot
jantung, menyokong keupayaan mengepam darah dan memperbaiki
peredaran darah ke seluruh tubuh.3 CoQ10 juga menyokong pertalian
antara saluran darah yang menyumbang kepada paras tekanan darah
sihat/normal.

Selain itu, CoQ10 juga bertindak sebagai satu antioksidan kuat dan
membantu melindungi arteri bagi menangani masalah pengoksidaan
lipoproteins berkepekatan rendah (LDL) dan memudahkan pengaliran
darah.4 Ini penting dalam membantu menyokong fungsi saluran darah,
termasuk pengaliran darah ke jantung.



Berapakah jumlah pengambilan dietari Coenzyme Q10 yang kita perlukan?
Pengambilan dietari harian membantu memelihara paras CoQ10 dalam
tubuh, namun jumlah CoQ10 yang diambil daripada makanan selalunya
kurang daripada 10mg sehari.

Tambahan lagi, keupayaan tubuh dalam menghasilkan CoQ10 menurun
berikutan peningkatan usia. Berdasarkan satu kajian penyelidikan, tubuh
berupaya menghasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi di usia 20 tahun
dan menurun pada 20 tahun berikutnya. Pada usia 40 tahun, jantung
kita hanya berjaya menghasilkan sebanyak 68.2 peratus daripada jumlah
penghasilan CoQ10 di dalam tubuh pada usia 20.5

Pelbagai faktor lain seperti diet tidak seimbang, pendedahan harian
terhadap radikal bebas dan penggunaan sesetengah ubat-ubatan tertentu
seperti dadah6 bagi merendahkan kolestrol boleh mengurangkan tahap
CoQ10 di dalam tubuh. Justeru, pengambilan suplemen boleh membantu
untuk mengekalkan zat makanan pada tahap selular yang penting di
dalam tubuh kita ini.


Penyelesaian untuk Anda CoQHealth™ Plus

CoQHealth™ Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada
campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang
didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan dengan sistem penyampaian
minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan
penyerapan yang lebih baik. CoQ10 telah ditunjukkan dapat:
• Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
• Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
• Meningkatkan peredaran darah
• Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah

Dos pengambilan
Sebiji kapsul sehari selepas makan.

Perbezaan Shaklee
• Untuk mendapatkan jumlah yang setara dengan 28mg CoQ10 di dalam
CoQHealth™ Plus, anda perlu memakan hampir 1.7kg ayam atau 28
cawan brokoli.
• Kombinasi CoQ10 dan Vitamin E dipercayai untuk mengukuhkan
keupayaan antioksidan yang terdapat di dalam Vitamin E kerana CoQ10
membantu mengitar dan menjana semula vitamin E, untuk memberikan
perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel-sel tubuh.
• Ekstrak Teh Hijau mengandungi procyanidins yang telah ditemui dapat
membantu menyokong kesihatan endothelium (lapisan tisu antara
kapilari darah dan jantung).10
• CoQ10 berasal daripada sumber semulajadi melalui kaedah penapaian
yis. Bahan mentahnya merupakan satu-satunya CoQ10 semula
jadi daripada yis yang ditapai yang terdapat pada masa kini, yang
sumbernya telah diuji dan diyakini ramai secara meluas mempunyai
kualiti yang tinggi dalam sumber bioketersediaan CoQ10-nya.
• Tanpa Gluten.


Penerangan terperinci nie,,nanti saya buang ringkasan yea,, nak bagi senang angpa paham..

berminat?  hubungi saya

Syuhada Ishak 
019 751 6020 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih