Isnin, 9 Mac 2015

Adab kepada Ilmu

♥Adab kepada Ilmu♥

"Ikatlah ilmu itu dengan kamu mencatitnya, hilangnya ilmu itu bilamana hilangnya adab. Tidaklah dikatakan seseorang itu berilmu sekiranya dia menolak adab itu ketepi."

"Tidaklah berkesan akan sesuatu ilmu ke dalam diri seseorang melainkan dia mendahului adab sebelum mengambil manfaat drpd ilmu. Ilmu mesti selari dengan Adab. Tidak sedap lauk itu jika kurang garam. Begitu juga ilmu dan Adab."

"Berapa ramai manusia di zaman kita sekarang seolah-olah "Ah aku bayar ini guru. Sukahati akulah mahu datang lambat ke apa." Subhanallah. Duit bukan sebab berkatnya itu ilmu."

"Orang yang mengabaikan adab, ia akan mengabaikan kepada sunnah-sunnah. Orang yang mengabaikan sunnah-sunnah, ia akan mengabaikan kepada yang wajib. Ada ilmu tetapi tidak menggunakan adab, maka tidak ada barakahnya ilmu tersebut. Sesuatu perkara yg tawar dan biasa itu jika dsaluti dengan adab maka akan manis dan indah jadinya."

"Berkatnya ilmu yg pertama haruslah disertai dengan adab, yang kedua haruslah disertai dgn niat dan ikhlas. Tidak akan masuk ilmu yg bermanfaat sekiranya tidak punya niat yg ikhlas di dalam hati seorang penuntut ilmu. Niat dan Ikhlas."

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih