Ahad, 8 Mac 2015

Kreatif bersedekah dan rezeki

Kreatif dlm bersedekah:
1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan sema mngkuk air diluar rumah utk kucing2 yg dtg..
....................................
..2.Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk dsumbangkan kpd anak yatim & orang miskin.
....................................
..3.Sentiasa sediaka n wang kecil didlm dompet utk diberikan kpd yg memerlukan.
....................................
..4. Letakkanlah d kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.
....................................
..5. Jika engkau hadir dlm acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dsb).
....................................
..6. Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).
..................................
..7. Belilah mushaf (al quran). letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.
..................................
..8. Berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.
....................................
..9. Lemparkanlah senyuman kpd orang yg kamu temui, berilah salam kpd orang yg duduk, &  bertuturlah dgn ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.
....................................
..10. Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yg telah berbuat jelek kpdmu dari mengghibahi, mengadu domba & menzalimimu.
....................................
..11. Sedekahkan Alfathihah kpd kedua ibubapa kita, sahabat2 dan kenalan2 kita yg telah meninggal...
Nabi Muhammad saw bersabda: "Berpagi-pagilah (subuh) didalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan merupakan kejayaan."
(Hadis Riwayat Tabarani dalam al-Awsath).
Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya telah tidur diwaktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya:
"Bangun! Apakah kamu tidur di waktu rezeki dibahagi-bahagikan?"
Di dalam Riwayat yang lain, yang diriwayatkan oleh ashab as-Sunan yang empat dan Ibnu Hibban di dalam Sohihnya. Nabi Muhammad saw telah melihat anaknya Fatimah r.anha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:
"Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar sehingga terbit matahari.'
(Hadis Riwayat al-Baihaqi)
- Para fuqaha telah menetapkan "Hukum Makruh" tidur selepas subuh.
"Dimakruhkan tidurmu, Wahai Mukallaf selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi orang yang berakal."
(Dinukilkan oleh Imam as-Safarini)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih