Khamis, 24 November 2011

Menuju Wawasan




Album : Menuju Wawasan, Munsyid : Unic http://liriknasyid.com


Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharapkan keredhoan Allah

umat islam harus cemerlang,
hari ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat islam sentiasa boleh

umat islam zaman lampau
taat perintah Rasulullah
bersama berusaha bersatu tujuan wawasan
wawasan dunia dan akhirat

aqidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
ulama' warisan ambiya'
pegangan mereka harus diikuti
ajaran sesat wajib hindari

umat islam harus cemerlang hari ini
umat islam sentiasa boleh

akhirnya islam cemerlang seluruh dunia

p/s: Suka sangat nasyid nie terutamanya dikala lemah semangat dan malas menyelubungi diri.

Rabu, 16 November 2011

My Love


Bismillahirrahmanirrahim.

Nur Raudhah pada usia sepuluh bulan 2 minggu.saat waktu ini Raudhah dah tumbuh gigi satu batang,
dah pandai tepuk amai2, pandai goodbye,,hehehe
..













Setiap gerak langkahmu
membahagiakanku......senyum tawamu membuatku rindu....
Dikaulah penenang jiwa....pengubat rindu, pengikat kasih Abhi dan Ummi
..





















Hari demi hari berlalu, sesaat demi sesaat meninggalkan ruang waktu lantaran itu terasa semakin berat untuk memikul amanah dari Allah.



















Sayang ku Raudhah,, jangan lupa perjanjian-perjanjian yang dibuat dengan Allah. Jangan mensyirikkan Allah dengan sesuatu apapun yang ada di dunia. Selalu berbaik sangka dengan Allah, sentiasa jaga hubungan dengan Allah. Jaga hak Allah, insya Allah pasti Allah akan menjaga kita setiap saat ketika...

Doa Untuk Melembutkan Hati

Doa ini boleh dibaca dan dihafal oleh semua. Untuk diri sendiri, anak2 dan suami@isteri.

Sangat ringkas dan mudah dihafal.

Semoga Bermanfaat

Doa Untuk Melembutkan Hati

  • Baca Surah Ta-Ha Ayat 1 hingga 5

  • Hembuskan pada umbun kepala anak semasa tidur atau pada hidungnya semasa dia menarik nafas

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[20.1] Taa' Haa.

[20.2] Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.

[20.3] Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah (Allah).

[20.4] (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.

[20.5] Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.


Isnin, 14 November 2011

Outstation Ke Labuan

Salam,
Seperti tahun2 lepas juga, akan ada rancangan audit di MAIWP Labuan. Masanya sudah tiba, dari 14hb 11 hingga 18hb 11 saya akan ke sana bersama fida dan en. suffian.

Namun yang sangat merisaukan, musafir kali ini adalah yang pertama daku meninggalkan my little princess "RAUDHAH". kali pertama juga akan berjauhan dengan Raudhah. risau tersangat risau. Sehingga ke hari ini Raudhah masih lagi breastfeeding. ape yang sangat merisaukan, boleh ke Raudhah tak breastfeed untuk tempoh daku di Labuan nie? boleh ke Raudhah tidur tanpa daku disisi? Emm,,mcm2 bermain kat fikiran nie. kesian sngt kat Raudhah dan Abhi dia.

Doaku semoga Raudhah boleh melalui tempoh ini dengan baik. YaALLAH permudahkan segala urusan kami sekeluarga.. jangan Ya ALLAH lupakan kami sekeluarga walau sekejap matapun.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima Kasih Di Atas Sokongan Anda Kepada Bisness Kecil Saya. Sangat Bermakna dan Syukur Dipertemukan Di Alam Yang Luas Ini. Semoga Allah s.w.t Membalasnya.

Shaklee sentiasa selamat, berkesan dan semulajadi