Khamis, 5 Januari 2012

Ceritera tahun baru 2012



Assalamualaikum..
Semoga tahun baru ini, Allah s.w.t permudahkan segala urusan baik kita semua...
Semoga tahun ini, diriku dapat menghabiskan sisa 2 lagi subjek yang tak diambil dan sekaligus grads pada hujung tahun ini,,,,insyaALLAH,,,permudahkanlah YA ALLAH.


Lamanye tak buat ape2 entry kat blog nie.. Mcm2 perkara penting berlaku dalam tempoh ini..



27.12.2011 ~
Birthday puteri tersayang Nur Raudhah yang pertama. Ummi Sayang Raudhah.
"Happy Birthday my dearest and sweetest, not a day goes by when I do not think of you and how empty my life would be if you were not with me.
Hadiah u
ntuk Raudhah : hemmm .. Ummi Dan Abhi bagi Car..


29.12.2011 ~
Cucuk Raudhah untuk 1 tahun di Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak. Pegi kat kecemasan. berat Raudhah sudah mencapai 8.1kg pada usia satu tahun...berbanding sebelum ini,sewaktu check 6 bulan.Raudhah adalah seberat 7 kilo.Maknanya naik 1. kilo...Alhamdulillah.....


29.12.2011 ~

Check up Ummi di Hospital Pusrawi juga. Kandungan dan berusia 6 bulan. First time jumpa Doktor Asmah Yun. Doktor yang sangat mesra dan banyak bagi maklumat pasal pregnancy. Doktor Asmah bnyk bagi ubat tambahan untuk kandungan. Neurogain(perkembangan otak bayi) , Ubat untuk senang penghadaman (kerana diriku menghadapi masalah berkait ngan penghadaman) serta ubat rutin untuk Ibu mengandung mcm ubat tambah darah & calcium. Untuk check up kali nie juga Doktor dah bgtahu jantina baby..Alhamdulillah.Segalanya terjawab. Abhi dan Ummi mmg nak tahu sangat..bukan pe,,senang nak beli baju dan kelengkapan lain....tapi tak bnyk pun perlu dibeli..Barang2 Raudhah masih boleh digunakan.


31.12.2011 hingga kini (5.1.12)

Puteri tercinta demam, cirit birit dan muntah. Kesian sangat tengok dia mcm tu. walaupun sedang tak sihat, Raudhah tetap tak banyak ragam. Tapi bukan laa tak de ragam langsung.. nangis2 manja tu biasala. Terima Kasih tak terhingga kepada Abhi Raudhah yang banyak berkoban masa dan tenaga untuk menjaga Raudhah sepanjang tempoh ini.bangun malam, tak tido malam dan layan Raudhah tanpa jemu. Ummi Raudhah nie dah tak larat sngt..
emm...today 5.1.12 Abhi pula demam dan muntah2. jangkit dari Raudhah kot. Semoga mereka berdua akan semakin sihat.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima Kasih Di Atas Sokongan Anda Kepada Bisness Kecil Saya. Sangat Bermakna dan Syukur Dipertemukan Di Alam Yang Luas Ini. Semoga Allah s.w.t Membalasnya.

Shaklee sentiasa selamat, berkesan dan semulajadi