![]() |
| throwback raya tahun 2012. Muslihin 4 bulan. Raudhah 2 tahun. |
Rabu, 2 Julai 2014
Special For You
Isnin, 9 April 2012
Raudhah Di Kampung
Rabu, 16 November 2011
My Love

Nur Raudhah pada usia sepuluh bulan 2 minggu.saat waktu ini Raudhah dah tumbuh gigi satu batang,
dah pandai tepuk amai2, pandai goodbye,,hehehe..
Setiap gerak langkahmu
membahagiakanku......senyum tawamu membuatku rindu....
Dikaulah penenang jiwa....pengubat rindu, pengikat kasih Abhi dan Ummi..
Isnin, 15 Ogos 2011
Perkahwinan & Cahaya Mata


Kandungan ku dah masuk 7 minggu...lagi beberapa bulan lg ku akan bersalin dan menjadi ibu kepada 2 orang cahaya mata.. sekejap je rasanya... perkahwinan yang terbina selama 1 tahun 5 bulan ini, begitu pantas diserikan dengan cahaya mata.syukur padamu Ya ALLAH.. boleh di katakan setiap tahun ku pregnant.. Syukur pada mu Ya Allah kerana engkau tidak memberi ujian dalam mendapatkan zuriat pada kami .. Alhamdullilah kerana memudahkan urusan ku dan suami..sayu terkenangkan sahabat2 yang belum memiliki cahayamata walaupun sudah beberapa tahun melangkah ke alam rumahtangga,,, semoga kalian semua tabah dan terus berusaha, berdoa dan bertawakal untuk mendapatkan cahayamata. ku sedar isu zuriat adalah isu yang paling sensitif dan utama bagi mereka yang telah berkahwin.. mana ada pasangan yang tak nak anak..anak dari campuran kimia suami isterilah yang paling berharga dan bernilai... perasaan memperolehi zuriat sendiri memang tak dapat di gambarkan...setiap manusia pasti ada naluri begitu.
tapi pd zaman sekarang ada manusia manusia didunia ini yang merancang tak nak anak lagi sebab sangat sibuk dengan tugasan kerja or duit tak cukup..ketahuilai wahai sahabat bahawa anak itu punca rezeki dan keberkatan dalam hidup..harta dunia dan akhirat yang tak kan hilang walaubagaimanapun........mereka amanah yang berat untuk kita jaga, tatang dan didik.
Jumaat, 5 Ogos 2011
Nur Raudhah Mardhiah Mohd Farid

Pada tanggal 27.12.2010 lahirlah seorang bayi yang diberi nama Nur Raudhah Mardhiah. Lahirnya secara normal di Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak. Disambut oleh Doktor Norkedah. Doktor yang sama juga check up baby dan Umminya sewaktu dari awal kandungan sehinggalah pada waktu bersalin. Berat Raudhah semasa lahir adalah 3.18 Kg. Alhamdulillah, syukur padaMU, YA ALLAH..Raudhah selamat dilahirkan dan sihat sejahtera. Perasaan sewaktu itu berbaur2..macam2 rasa. nak nangis gembira, dan panjang memikirkan hari2 mendatang setelah kehadiran orang baru.
Selasa, 2 Ogos 2011
Perkembangan bayi anda semasa usia 8 bulan
Nur Raudhah Mardhiah dah melangkah ke 8 bulan .....dengan itu juga sudah 8 bulan la ku n suami menjadi Ummi n Abhi...pengalaman yang sangat2 bermakna....bnyk yang kami perlu belajar dan terus belajar mencari ilmu untuk mendidik dan membesarkan cahaya mata anugerah ilahi ini.
