Isnin, 15 Ogos 2011

Perkahwinan & Cahaya Mata






OR




Kandungan ku dah masuk 7 minggu...lagi beberapa bulan lg ku akan bersalin dan menjadi ibu kepada 2 orang cahaya mata.. sekejap je rasanya... perkahwinan yang terbina selama 1 tahun 5 bulan ini, begitu pantas diserikan dengan cahaya mata.syukur padamu Ya ALLAH.. boleh di katakan setiap tahun ku pregnant.. Syukur pada mu Ya Allah kerana engkau tidak memberi ujian dalam mendapatkan zuriat pada kami .. Alhamdullilah kerana memudahkan urusan ku dan suami..sayu terkenangkan sahabat2 yang belum memiliki cahayamata walaupun sudah beberapa tahun melangkah ke alam rumahtangga,,, semoga kalian semua tabah dan terus berusaha, berdoa dan bertawakal untuk mendapatkan cahayamata. ku sedar isu zuriat adalah isu yang paling sensitif dan utama bagi mereka yang telah berkahwin.. mana ada pasangan yang tak nak anak..anak dari campuran kimia suami isterilah yang paling berharga dan bernilai... perasaan memperolehi zuriat sendiri memang tak dapat di gambarkan...setiap manusia pasti ada naluri begitu.


macam macam ujian dan hikmah yang Allah berikan pada pasangan yang bekahwin untuk kita renungi dan muhasabah diri agar kita sentiasa bersyukur dgn apa yang ada.

tapi pd zaman sekarang ada manusia manusia didunia ini yang merancang tak nak anak lagi sebab sangat sibuk dengan tugasan kerja or duit tak cukup..ketahuilai wahai sahabat bahawa anak itu punca rezeki dan keberkatan dalam hidup..harta dunia dan akhirat yang tak kan hilang walaubagaimanapun........mereka amanah yang berat untuk kita jaga, tatang dan didik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima Kasih Di Atas Sokongan Anda Kepada Bisness Kecil Saya. Sangat Bermakna dan Syukur Dipertemukan Di Alam Yang Luas Ini. Semoga Allah s.w.t Membalasnya.

Shaklee sentiasa selamat, berkesan dan semulajadi