banyak nye dapat jimaaaaattt |
Bagaimana Cara Berhenti Merokok?
Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.
- Tetapkan tarikh untuk berhenti
- Yakin diri
- Buatkan nota peringatan
- Katakan pada diri anda “saya bukan perokok”
- Sentiasa berfikiran positif
- Dapatkan sokongan
- Gunakan terapi penganti nikotin
- Amalkan 12M untuk berhenti merokok
Tip Berhenti Merokok 12 M :
Membasuh tangan selalu
Mandi dengan kerap
Meregangkan otot
Cara berhenti merokok nie sangat membantu menghilangkan ketagihan merokok. Adakan rutin senaman 30 minit setiap hari. Sekiranya betul-betul tidak mempunyai masa untuk melakukan senaman, lakukan senaman ringan. Gunakan tangga sebagai ganti. Parking kereta sejauh mungkin agar anda ada peluang untuk berjalan kaki.
Melengah-lengahkan
Apabila seru untuk merokok sampai, atau teringin nak “pekena sebatang” cuba lengahkan. Buatlah perkara lain dulu. Minum air atau buat apa saja yang boleh mengalihkan perhatian. Ulang sebanyak mungkin bila tiba rasa nak merokok.
Menarik nafas panjang
Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan. Buat teknik deep breathing (2 saat tarik nafas- 4 saat tahan- 8 saat hembus nafas keluar). Stress adalah satu penyebab paling popular kenapa seseorang merokok. Jadi cubalah menjadi seorang yang lebih cool dan lebih bijak dalam berdepan dengan stress. Cara yang paling baik adalah dengan mengambil air sembahyang.
Minum air
Banyakkan minum air terutama air masak. Air masak sangat baik untuk memperbaiki segala fungsi-fungsi organ di dalam tubuh. TAPI elakkan minuman berkafein. Untuk cara mudah minum air di bulan puasa, sila baca di sini.
Menyibukkan diri
Buat sesuatu bagi mengalih fikiran anda. Di kala anda sibuk, pasti anda tidak punya masa dan ruang untuk merokok.
Menjauhkan diri daripada orang yang merokok
Pernah dengar ini, persekitaran anda yang akan membentuk anda? Jika anda bersama-sama dengan orang alim, insya Allah anda akan menjadi alim, tetapi sebaliknya pula jika anda bersama-sama dengan orang yang sentiasa berbuat kemaksiatan. Manakala jika anda dikelilingi dengan perokok, sudah pasti sukar bagi anda untuk berhenti merokok.
Mengelakkan diri daripada suasana atau situasi yang mendorong merokok
Buat senarai atau sebutkan kebaikan-kebaikan yang anda akan dapat jika anda tidak merokok. Sebagai contoh, isteri akan semakin sayang, anak-anak pula bertambah sihat. Anda makin awet muda. Nafas dah berbau harum, jadi jika belum kahwin mudah sikit nak bertemu jodoh. Apa saja kebaikan yang akan menambahkan semangat untuk berhenti merokok.
Mengunyah sesuatu
Jika rasa nak merokok, kunyah adalah cara berhenti merokok yang paling simple. Cari bahan kuyahan yang sihat. Kacang atau gula-gula getah yang kurang gula.Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis
Meditasi
Memohon doa
Dalam apa juga usaha yang kita lakukan, berdoa adalah paling penting. Setelah kita melakukan semua usaha, serahkan kebergantungan sepenuhnya kepada Allah. Berdoa agar dikuatkan azam dan minta Allah kuatkan semangat untuk tidak menjamah rokok.