


Kandungan ku dah masuk 7 minggu...lagi beberapa bulan lg ku akan bersalin dan menjadi ibu kepada 2 orang cahaya mata.. sekejap je rasanya... perkahwinan yang terbina selama 1 tahun 5 bulan ini, begitu pantas diserikan dengan cahaya mata.syukur padamu Ya ALLAH.. boleh di katakan setiap tahun ku pregnant.. Syukur pada mu Ya Allah kerana engkau tidak memberi ujian dalam mendapatkan zuriat pada kami .. Alhamdullilah kerana memudahkan urusan ku dan suami..sayu terkenangkan sahabat2 yang belum memiliki cahayamata walaupun sudah beberapa tahun melangkah ke alam rumahtangga,,, semoga kalian semua tabah dan terus berusaha, berdoa dan bertawakal untuk mendapatkan cahayamata. ku sedar isu zuriat adalah isu yang paling sensitif dan utama bagi mereka yang telah berkahwin.. mana ada pasangan yang tak nak anak..anak dari campuran kimia suami isterilah yang paling berharga dan bernilai... perasaan memperolehi zuriat sendiri memang tak dapat di gambarkan...setiap manusia pasti ada naluri begitu.