Isnin, 13 Februari 2012

Minyak Zaitun


“Demi buah Tinn dan buah Zaitun, demi gunung Sinai dan negeri (Makkah) yang dijadikan aman.” (Surah At Tinn : Ayat 1)

☺Entry kali nie pasal minyak zaitun. Research pasal minyak zaiton bermula apabila pertama pensyarah elektrik (En. Zulfakar Aspar) buka cerita kat kelas, dia pakai minyak zaiton untuk memasak, dan tak pakai langsung dah minyak kelapa sawit, walaupun umum mengetahui harga minyak zaiton sangat mahal jika dibandingkan dengan minyak sawit dan lain2 yang selalu rakyat malaysia guna untuk memasak. Dengan alasan dia dan keluarga malas nak bersenam. Sangat tertarik dengan kenyataan dia♥


Kedua, bertambah minat untuk tahu lebih lanjut pasal minyak zaiton apabila Doktor Asmah Yun menasihatkan supaya menggunakan minyak zaiton untuk strech mark ku dia perut. Dia kata minyak zaiton adalah paling baik♥


“..lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang BANYAK MANFAATNYA, (iaitu) pokok Zaitun“. (Surah An Nur : Ayat 35)


Ketiga, balik kampung jerantut time cuti Maulidur Rasul, diberitahu oleh mak pasal dia guna minyak zaiton untuk mengurut badan dan sakit lutut yang dialaminya. Dan sangat mujarab. Tapi ada cara yang diamalkan yang dipelajari drpd salah seorang ustaz dari rancangan "Tanyalah Ustaz TV9". Santapan rohani yang wajib ditonton oleh keluarga di kampung setiap pagi. Seronok suasana itu♥

photo
Ladang Pokok Zaitun di Andalusia Spain

Pengenalan

☺Minyak zaitun yang dihasilkan dari pohon zaitun merupakan produk asli hasiltani di benua Asia Kecil dan taburannya bermula dari Iran, Syria dan palestin sehingga keseluruhan Mediterranean semenjak 6,000 tahun yang lalu. Pohon zaitun yang berkat ada disebut dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur. Semenjak 1400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad SAW telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan dan penjagaan badan, di mana Baginda SAW sendiri menggunakannya sebagai minyak rambut. Antara kandungan minyak zaitun adalah fenol, sterol, pigmendan squelen yang memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia♥


Dipesan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sabda baginda;

“Gunalah sari Zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pokok yang DIBERKATI”. (Riwayat At Tirmidzi Dan Ibnu Majah)

Kegunaan Dan Kelebihan Minyak Zaitun

☺Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian

☺Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis

☺Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)

☺Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut

☺Antioksidan

☺Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)

☺Membekal vitamin E

☺Kecantikan (kulit dan rambut)

☺Kestabilan asid lemak

☺Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan

☺Kegunaan masaj terapi ♥

Penggunaan:

☺Gunakan dalam masakan menggantikan minyak masak kelapa sawit.

☺Mengambil secara terus sekurang-kurangnya 2 sudu makan setiap hari.

p/s: ☺harga minyak zaiton dalam lingkungan RM30 bagi 1 liter...itupun yang saya beli time sales kat jusco. manakala bagi minyak zaiton HPA jual pl RM40 utk 7 ml..... tepuk dada tanya selera,,,,klu rasa2 nak sihat ape salahnye berkorban skit utk cuba guna minyak zaiton dalam masakan harian...tapi bagi kawan2 yang suka bersenam, tak perlu laa kot.... :) ♥ ♥ ♥






1 ulasan:

  1. untuk hilang sakit lutut dan sendi, parut, luka, kebas dan lenguh dengan berkesan sapu minyak DABUS Aromaterapi 3-5 kali sehari. sakit anda beransur hilang dalam masa 2-5 hari.

    BalasPadam

terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima Kasih Di Atas Sokongan Anda Kepada Bisness Kecil Saya. Sangat Bermakna dan Syukur Dipertemukan Di Alam Yang Luas Ini. Semoga Allah s.w.t Membalasnya.

Shaklee sentiasa selamat, berkesan dan semulajadi