Khamis, 15 Mac 2012

Bermusafir ke Stulang Laut


Kami sekeluarga berada di Stulang Laut. kira2 pukul 4 petang tadi sampai.. walaupun kandungan akan menginjak ke 35 minggu, ku gagahkan diri juga untuk mengikut husband outstation kat sini.. InsyaALLAH, 4 hari 4 malam akan berada di the zone regency hotel. not bad hotel nie..tapi suasana yang tak berapa digemari...jalan2 kat the zon mall,,,asyik nampak arak je...maklumla duty free. yang sadis sekali apabila anak2 melayu yang kerja kedai2 sebegitu....kesian mereka...mungkin tak berpeluang kerja tempat lain..Raudhah paling sronok. Maklumlah kira ni mcm percutian pertama dia join sejak dah bole jalan dan makin cerdik ni...hehe...sebelum nie baby lg...




sepanjang empat hari di sana tak berjalan ke mana pun,, kecuali kat the zon nye shopping complex je laaa....
OTW balik balik singgah kat Johor Premium Outlets. OK juga sales kat sini,tapi bagi kami yang tak berapa layan sngt barang2 berjenama nie JPO bukan tempat yang sesuai untuk shopping. Namun bagi mereka yang mmg menjadi pengguna kepada barang2 berjenama,mmg berbaloi2 shopping kat sini berbanding di pasaraya yang ada kat KL ni,,,bagi kami pergi setahun sekali ok laaa. Cuci cuci mata.

Hasil penyinggahan kami hanya baju baby miki sepasang (less 70%) kalau kat KL hari Jusco card pun dapat rege ni... hehe...then utk ummi 2 handbag carlorino...lama sngt dah tak beli hand bag.... dpt 50% diskaun. Kat KL mmg tak dapat laaa sbb new arrival sebulan...


p/s: peringatan bagi yang nak berkunjung ke sana tidak banyak pilihan untuk makan dan makanan yang dijual di medan selera agak mahal. Makan dahulu sebelum sampai ke sana adalah pilihan yang tepat...hehe.


maklumat lanjut pasal JPO:

Johor Premium Outlets is located at:

Indahpura, 81000 Kulaijaya
Johor Darul Takzim

Opening Hours:
Monday to Sunday, 10am to 10pm

For a full list of shops available, visit the official website: www.premiumoutlets.com.my


Isnin, 12 Mac 2012

Aqeef




Assalamualaikum...Nama saya Mohd Aqeef Amsyar bin Mohd Shahrizal. Saya dilahirkan di Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak pada 9/1/2011. Umur dah 1 tahun 3 bulan lebih kurang...hehe.. Saya sangat comel. klu tak percaya tengok laa gambar2 di bawah ni..♥♥♥



Renungan matamu membuat ku rindu... ♥♥♥
nie gambar masa baru2 lahir dulu...kecik je kan ♥♥
Emmm,,,,Comel kan....

P/s: Aqeef nie anak saudara a.k.a anak susuan ku....
Nanti nak buat posting gambar dia ngan Raudhah pula...
Suka laaa bnyk gambar baby kat blog nie...penyeri org kata...
hati berbunga2 tengok gambar baby kan2....kan2


ini gambar saya time dah besar nanti....
heheheh.... saya ke?????
ERmmm,,,,tak laaaa...ni abang Danish...abang saya..kami sama kan...



Jumaat, 2 Mac 2012

Satu Pagi Di Taman Tasik Titiwangsa


Nak dijadiakn cerita kami sekeluarga singgah kat tasik titiwangsa pagi sabtu 18.2.2012 adalah bersebab... walk in check up ngan Dr. Asmah Yun di pusrawi. tapi tak kesampaian. DR ambil Cuti Emegency pada hari itu... Selepas sarapan bersama, kami bertiga terus ke tasik titiwangsa. sbb dah tak tahu kemana nak tuju..seawal pagi mana ada shopping mall yg buka. ♥♥♥

Raudhah & Abhi... Love Both Of You
Termenung jauh...
ummi wat lawak pun tak nak senyum

Kakak di usia 1 tahun 2 bulan....Emm..
tak lama lagi nak dapat adik.... ♥♥♥
saya ngantuk laaa UMMI....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima Kasih Di Atas Sokongan Anda Kepada Bisness Kecil Saya. Sangat Bermakna dan Syukur Dipertemukan Di Alam Yang Luas Ini. Semoga Allah s.w.t Membalasnya.

Shaklee sentiasa selamat, berkesan dan semulajadi