Jumaat, 21 Oktober 2011

Cantik Sangat Sbb Dia Tutup Aurat


Pertama kali mengenali dia sewaktu akademi fantasia.Walaupun tak mengikuti dan tak tengok pun konsert tersebut hanya melalui cerita2 kawan ofis. sangat teruja untuk lihat wajah dia sebab dia bertudung. Peserta akademi fantasi yang bertudung. Selepas tu ada tengok dia berlakon dalam filem "Syurga Cinta". Sampai sekarang ada simpan soft copy filem tue. tapi masa mula2 kenal dia dulu gaya pemakaian tudung dia tak berapa berkenan di hati. malahan ketika dia berlakon dalam filem syurga cinta pun sama. Tapi tahun 2011 dia banyak gambar2 dia kat internet dan media yang sangat manis bertudung menutup aurat.
Menyerlah sangat muka dia yang cute tu. hehe. MasyaAllah she's so pretty in hijab! :) I like how she keeps it fully covered.......Heliza pun dah mula menyertai majlis2 ilmu anjuran NGO2 Islam Malaysia ni. Ada juga tengok gambar dia berforum bersama2 Ustazah2 dan bercerita pasal aurat....Permulaan yang sangat baik... Semoga ALLAH s.w.t beri kekuatan kepada dia untuk terus ke jalan ALLAH.
I really think girls look better in hijab :)
Heliza Helmi




Rabu, 28 September 2011

7 Cara Menangkis Virus Ukhuwah


7 Cara Menangkis Virus Ukhuwah
www.iluvislam.com

Dalam surat Al-Hujurat, Allah swt memaparkan 7 sikap bagi kita untuk membasmi virus-virus ukhuwah yang bisa menghancurkan kekuatan ukhuwah yang telah dibina.

1. Tabayyun yang bererti mencari penjelasan dalam setiap maklumat yang diterima dan mencari bukti kebenaran informasi yang diterima. Allah swt berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (QS 49:6)

2. 'Adamus Sukhriyyah, ertinya tidak memperolok-olokkan orang atau kelompok lain. Firman Allah swt: "Wahai orang-orang yang beriman janganlah satu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang memperolok-olokkan)." (QS 49:11). Mampukah kita untuk meninggalkan tradisi sukhriyyah dan perasaan ana khairun minhu (saya lebih baik daripadanya), yaitu perasaan 'sombong' seperti yang dimiliki iblis? Inilah persoalan yang perlu ditanya pada diri.

3. Tidak mencela orang lain. Ini ditegaskan dengan firman-Nya: 'Dan janganlah kamu mencela diri sendiri'. Mencela sesama muslim, oleh ayat ini dianggap mencela diri sendiri, sebab pada hakikatnya kaum muslimin dianggap satu kesatuan. Apalagi jika celaan itu berkait dengan kedudukan dan kebendaan di dunia. Allah sendiri menyuruh Rasul dan orang-orang yang mengikutinya untuk bersabar atas segala kekurangan orang-orang mukmin. (Lihat QS, 18:28)

4. Meninggalkan panggilan dengan sebutan-sebutan yang tidak baik terhadap sesama muslim. Ini berdasarkan firman Allah swt: "Dan janganlah kamu saling memanggil dengan sebutan-sebutan (yang buruk)." (QS 49:11) Tanabuz dalam bentuk yang paling parah adalah berupa pengkafiran terhadap orang yang beriman. Pada kenyataannya masih saja ada orang atau kelompok yang dengan begitu mudahnya menyebut kafir kepada orang yang tidak tertarik untuk masuk ke dalam kelompok tersebut.

5. Ijtinabu Katsirin minadzdzan di mana Allah swt berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, karena sebagian prasangka itu dosa." (QS 49:12) Pada dasarnya seorang muslim harus berbaik sangka terhadap sesamanya, kecuali jika ada bukti yang jelas tentang kesalahan tersebut.

6. Tidak mencari-cari kesalahan dan aurat orang lain. Perbuatan ini amat dicela Islam. Allah swt amat suka bila kita berusaha menutup aib saudara kita sendiri. Firman Allah swt: "Dan janganlah kamu sekalian mencari-cari kesalahan (dan aurat) orang lain." (QS 49:12)

7. Allah swt menegaskan: "Dan janganlah kamu sekalian menggunjing sebagian lain.Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?..." Ghibah sebagaimana yang dijelaskan Rasulullah saw adalah menceritakan keburukan dan kejelekan orang lain. Ketika seseorang menceritakan kejelekan orang lain, maka ada dua kemungkinan yang terjadi. Pertama, jika yang diceritakannya benar-benar terjadi maka itulah ghibah. Kedua, jika yang diceritakannya itu tidak terjadi bererti ia telah memfitnah orang lain. Begitu besarnya dosa ghibah, sampai Allah SWT menyamakan orang yang melakukannya dengan orang yang memakan bangkai saudaranya sendiri.

Wallaahu'alam







Sahabat dan Kawan

Entry kali nie pasal sahabat dan kawan.. para pembaca semua mesti bnyk pengalaman pasal dua insan yang sentiasa di sekeliling kita nie kan...suka duka,tawa gembira dan sedih pilu bersama -sama. sangat meminati sebuah lagu nasyeed dari kumpulan HIJJAZ berkaitan kawan nie...lirik nye kat entry ini (klik sini)

sama- sama kita hayati nasyeed tue. Dalam perhubungan kawan dan sahabat nie...masing-masing kena bertolak ansur. masing2 kena bnyk bersabar. Bak kata seorang sahabat yang dikenali di UTM dulu. "Selalu ingat -ingat perkara baik yang sahabat buat kat kita, tapi lupakan lah ape yang sahabat buat mengguris hati kita.. THEN Ingatlah perbuatan kita yang menyakitkan sahabat supaya kita tak buat lagi dan lupakanlah perbuatan kita baik kita pada sahabat supaya kita tak selalu mengungkit kebaikan kita" Lebih kurang mcm tu laa maksud ape yang disampaikan. mungkin cara penyampaian berbeza sket..hehe

Sblm start menulis, blogwalking jap pasal kawan dan sahabat nie, then tertarik sngt dengan tips yang disampaikan nie. semoga tips ini ada manfaatnya pada pembaca semua... jom baca.

Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab & punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-

1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan. Oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2 . Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.

5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6 . Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7 . Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

8 . Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

9 . Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.

10 . Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.

11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t.



4 KATEGORI SAHABAT

SAHABAT YANG TAMAK:
Ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

SAHABAT HIPOKRIT:
Ia berkenaan dengan menyatakan bersahabat hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang, ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong, dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

SAHABAT PENGAMPU :
Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan dibelakangmu dia merendahkan dirimu.

SAHABAT PEMBOROS DAN SUKA HIBURAN :
Ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ketempat-tempat hiburan dan pertunjukan.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apapun berkawanlah.

nie PETIKAN DARI MAJALAH MIDI NOV. 2007

Kita kat kategori mana ek.....muhasabah lah....

Kadang2 ujian dalam persahabatan datang dengan tujuan untuk melihat bagaimana kita menangani semua ni. Manusia tu tak sempurna, lagi-lagi seperti daku hati yang lemah and jiwa yang mudah rapuh. Sngt sensitif kepada keadaan sekeliling yang mencabar kredibiliti seorang aku. Mudah rapuh sbb duniawi yang sentiasa menguji.

Fudhail bin 'Iyadh berkata, "Siapa mencari sahabat tanpa cacat, nescaya sepanjang hidupnya tidak mendapat sahabat."

Hasan bin Wahb berkata: "Di antara hak-hak ukhuwah adalah memaafkan kesalahan sahabat dan terbuka atas segala kekurangannya."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima Kasih Di Atas Sokongan Anda Kepada Bisness Kecil Saya. Sangat Bermakna dan Syukur Dipertemukan Di Alam Yang Luas Ini. Semoga Allah s.w.t Membalasnya.

Shaklee sentiasa selamat, berkesan dan semulajadi