Entry kali nie pasal sahabat dan kawan.. para pembaca semua mesti bnyk pengalaman pasal dua insan yang sentiasa di sekeliling kita nie kan...suka duka,tawa gembira dan sedih pilu bersama -sama. sangat meminati sebuah lagu nasyeed dari kumpulan HIJJAZ berkaitan kawan nie...lirik nye kat entry ini (klik sini)
sama- sama kita hayati nasyeed tue. Dalam perhubungan kawan dan sahabat nie...masing-masing kena bertolak ansur. masing2 kena bnyk bersabar. Bak kata seorang sahabat yang dikenali di UTM dulu. "Selalu ingat -ingat perkara baik yang sahabat buat kat kita, tapi lupakan lah ape yang sahabat buat mengguris hati kita.. THEN Ingatlah perbuatan kita yang menyakitkan sahabat supaya kita tak buat lagi dan lupakanlah perbuatan kita baik kita pada sahabat supaya kita tak selalu mengungkit kebaikan kita" Lebih kurang mcm tu laa maksud ape yang disampaikan. mungkin cara penyampaian berbeza sket..hehe
Sblm start menulis, blogwalking jap pasal kawan dan sahabat nie, then tertarik sngt dengan tips yang disampaikan nie. semoga tips ini ada manfaatnya pada pembaca semua... jom baca.
Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab & punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-
1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan. Oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.
2 . Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.
3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.
4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.
5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.
6 . Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.
7 . Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.
8 . Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.
9 . Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.
10 . Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.
11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.
12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t.
4 KATEGORI SAHABAT
SAHABAT YANG TAMAK:
Ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
SAHABAT HIPOKRIT:
Ia berkenaan dengan menyatakan bersahabat hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang, ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong, dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
SAHABAT PENGAMPU :
Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan dibelakangmu dia merendahkan dirimu.
SAHABAT PEMBOROS DAN SUKA HIBURAN :
Ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ketempat-tempat hiburan dan pertunjukan.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apapun berkawanlah.
nie PETIKAN DARI MAJALAH MIDI NOV. 2007
Kita kat kategori mana ek.....muhasabah lah....
Kadang2 ujian dalam persahabatan datang dengan tujuan untuk melihat bagaimana kita menangani semua ni. Manusia tu tak sempurna, lagi-lagi seperti daku hati yang lemah and jiwa yang mudah rapuh. Sngt sensitif kepada keadaan sekeliling yang mencabar kredibiliti seorang aku. Mudah rapuh sbb duniawi yang sentiasa menguji.
Fudhail bin 'Iyadh berkata, "Siapa mencari sahabat tanpa cacat, nescaya sepanjang hidupnya tidak mendapat sahabat."
Hasan bin Wahb berkata: "Di antara hak-hak ukhuwah adalah memaafkan kesalahan sahabat dan terbuka atas segala kekurangannya."