Jumaat, 16 November 2012

Panorama indah di kampung



 Tenang fikiran tngk pokok2 menghijau dan langit yg biru.:-) ♥♡
Ya Allah permudahkan jalan nya untuk aku dan keluarga berhijrah ke kampung halaman jerantut pahang.. Permudahkan Ya Allah... aaamminnn



Khamis, 8 November 2012

Muhammad muslihin mohd farid

Telah dilahirkn pada 16.04.2012. Syukur padamu YA ALLAH atas anugerah yg tk ternilai ini...


7 bulan

Assalamualaikum...  putera kami..anak kedua lahir pada 16 april 2012... Lebih kurang 7 bulan lepas.






Khamis, 12 April 2012

Doa supaya dapat membayar hutang



 Assalamualaikum ....

Hutang... mcm2 jenis hutang kita tanggung skrg. Hutang ansuran rumah, ansuran kereta. Namun, kita sedia maklum, berhutang bukan suatu jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. Pilihan apakah yang kita ada.... ???

Berikut adalah doa supaya Allah s.w.t permudahkan urusan hutang kita agar cepat langsai hutang tersebut, dengan syarat istiqamah, dan berusaha untuk melangsaikan hutang-hutang tersebut. Kalau setakat doa, tiada ikhtiar, maka tiada gunalah ia. Rezeki manusia ALLAH yang tentukan...Syukur dengan nikmat dan rahmat yang dikurnia. 



Maksudnya:


Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain.



Maksudnya:


Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang.


Untuk senang amal dan hafal doa ni,,,print n tampal kat rumah..tampal kat dinding yang selalu kita dapat lihat..contoh kat tepi swith lampu.sambil2 tutup lampu blh laaa baca doa nie..hehe... just cadangan. 
 
 
Tip Kurangkan berhutang
* Tinggalkan kad kredit di rumah.....kad kredit adlh musuh utama mereka2 yang nak kurangkan hutang
* Tambah pendapatan (online business, dealer avon or tupperware)
* Cari sumber pendapatan yang lain tetapi dengan syarat:
            -Tidak perlu keluar simpanan yang banyak
* Jangan tambah perbelanjaan sara hidup
* Tekad enggan tambah hutang baru


p/s: DIsaat menunggu kelahiran baby......teringin pl nk menulis .lepaskan gian menulis dipagi khamis yang indah ini.....dalam pantang nnt sure blog nie bersawang..  :)

Isnin, 9 April 2012

Raudhah Di Kampung

Sejak 1 April 2012 hari tu, terpaksa mengambil langkah menghantar Raudhah kat kampung Jerantut. Sedih tapi terpaksa. Idea dari kami berdua, setelah perbincangan dibuat...ini bagi memastikan kelancaran perjalanan kami ke kampung bila baby dah ada nanti. Sayu sangat hati, air mata berlinangan...... Sedih meninggalkan cinta hati jauh di jerantut. Sebelum nie pernah berpisah time outstation ke Labuan. Tapi lain keadaannya..Dia bersama Abhi di KL....Skrg situasi yang sangat berbeza...Tiap hari call, respon dari keluarga di kampung Raudhah sangat OK....kali ini tempoh yang paling lama laaa berjauhan ngan Raudhah.

Wahai baby sayang,,cepat laaa keluar..boleh jumpa kakak kat kampung.. Ummi n Abhi rindu sangat kat kakak.

time nie kat Pantai Puteri Melaka. Ummi nak try coconut shake so pegi laaa sana.
kat the zon, johor.. xtvt yg sngt disukai
Share gambar Raudhah untuk ubat rindu yang amat sangat nie

Khamis, 15 Mac 2012

Bermusafir ke Stulang Laut


Kami sekeluarga berada di Stulang Laut. kira2 pukul 4 petang tadi sampai.. walaupun kandungan akan menginjak ke 35 minggu, ku gagahkan diri juga untuk mengikut husband outstation kat sini.. InsyaALLAH, 4 hari 4 malam akan berada di the zone regency hotel. not bad hotel nie..tapi suasana yang tak berapa digemari...jalan2 kat the zon mall,,,asyik nampak arak je...maklumla duty free. yang sadis sekali apabila anak2 melayu yang kerja kedai2 sebegitu....kesian mereka...mungkin tak berpeluang kerja tempat lain..Raudhah paling sronok. Maklumlah kira ni mcm percutian pertama dia join sejak dah bole jalan dan makin cerdik ni...hehe...sebelum nie baby lg...




sepanjang empat hari di sana tak berjalan ke mana pun,, kecuali kat the zon nye shopping complex je laaa....
OTW balik balik singgah kat Johor Premium Outlets. OK juga sales kat sini,tapi bagi kami yang tak berapa layan sngt barang2 berjenama nie JPO bukan tempat yang sesuai untuk shopping. Namun bagi mereka yang mmg menjadi pengguna kepada barang2 berjenama,mmg berbaloi2 shopping kat sini berbanding di pasaraya yang ada kat KL ni,,,bagi kami pergi setahun sekali ok laaa. Cuci cuci mata.

Hasil penyinggahan kami hanya baju baby miki sepasang (less 70%) kalau kat KL hari Jusco card pun dapat rege ni... hehe...then utk ummi 2 handbag carlorino...lama sngt dah tak beli hand bag.... dpt 50% diskaun. Kat KL mmg tak dapat laaa sbb new arrival sebulan...


p/s: peringatan bagi yang nak berkunjung ke sana tidak banyak pilihan untuk makan dan makanan yang dijual di medan selera agak mahal. Makan dahulu sebelum sampai ke sana adalah pilihan yang tepat...hehe.


maklumat lanjut pasal JPO:

Johor Premium Outlets is located at:

Indahpura, 81000 Kulaijaya
Johor Darul Takzim

Opening Hours:
Monday to Sunday, 10am to 10pm

For a full list of shops available, visit the official website: www.premiumoutlets.com.my


Isnin, 12 Mac 2012

Aqeef




Assalamualaikum...Nama saya Mohd Aqeef Amsyar bin Mohd Shahrizal. Saya dilahirkan di Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak pada 9/1/2011. Umur dah 1 tahun 3 bulan lebih kurang...hehe.. Saya sangat comel. klu tak percaya tengok laa gambar2 di bawah ni..♥♥♥



Renungan matamu membuat ku rindu... ♥♥♥
nie gambar masa baru2 lahir dulu...kecik je kan ♥♥
Emmm,,,,Comel kan....

P/s: Aqeef nie anak saudara a.k.a anak susuan ku....
Nanti nak buat posting gambar dia ngan Raudhah pula...
Suka laaa bnyk gambar baby kat blog nie...penyeri org kata...
hati berbunga2 tengok gambar baby kan2....kan2


ini gambar saya time dah besar nanti....
heheheh.... saya ke?????
ERmmm,,,,tak laaaa...ni abang Danish...abang saya..kami sama kan...



Jumaat, 2 Mac 2012

Satu Pagi Di Taman Tasik Titiwangsa


Nak dijadiakn cerita kami sekeluarga singgah kat tasik titiwangsa pagi sabtu 18.2.2012 adalah bersebab... walk in check up ngan Dr. Asmah Yun di pusrawi. tapi tak kesampaian. DR ambil Cuti Emegency pada hari itu... Selepas sarapan bersama, kami bertiga terus ke tasik titiwangsa. sbb dah tak tahu kemana nak tuju..seawal pagi mana ada shopping mall yg buka. ♥♥♥

Raudhah & Abhi... Love Both Of You
Termenung jauh...
ummi wat lawak pun tak nak senyum

Kakak di usia 1 tahun 2 bulan....Emm..
tak lama lagi nak dapat adik.... ♥♥♥
saya ngantuk laaa UMMI....

Selasa, 28 Februari 2012

Februari




♥Bismillah♥
i. sedang menerima fakta bahawa saya mengambil masa yang lama untuk menamatkan Sarjana Muda Pengurusan Teknologi berbanding dengan kawan-kawan yang lain. Perlu menunggu dan menunggu lebih lama kerana subjek yang ditawarkan oleh SPACE UTM pada semester ini adalah tidak memenuhi keperluan saya.

ii. teruja apabila Nur Raudhah Mardhiah telah berjalan dan berlari dengan sangat baik. Walaupun sudah start berjalan seawal umur 11 bulan lebih..Raudhah suka ..Ummi Setuju...hehhe

iii. 6/2
birthday suami yang ke 28 tahun.......sayang abang ♥ makan kek coklat homemade kerana saat itu berada di kampung Jerantut bersama ahli keluarga yang lain. dapat laa merasa kek homemade.klu kat KL x de nyer....kena beli je laaa

iv. Masih teruja apabila mak bertanya melalui phone "Da selalu buat tahajjud tak? Doa2 harian n ect.... selalu amalkan tak? sayang mak ayah selalu♥

v. 26/2 start kelas pengurusan teknologi. kawan-kawan di kelas exited tengok diriku yang membawa perut yang semakin membesar "larat lagi tak nie" "bila due" ooiii....dah dekat sangat nie....maklumlah lama dah tak jumpa mereka..kawan-kawan kat ofis selalu jumpa..

hasil carian kat google..kat sini....baik untuk tatapan semua..

sekian corat coret ku....

moga kita semua selalu dilindungi ALLAH s.w.t ♥♥♥♥









Did you smile today???


Pagi nie dapat text msg dari sabahat yang sangat disayangi lagi dirindui...
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

" Perbaikilah penampilan & maniskan wajahmu. Tahukah kamu, Rasulullah S.A.W adalah penduduk dunia yang miskin namun wajah baginda tidak pernah keruh dan selalu ceria. Kerana menurut Baginda salah satu tanda penghuni neraka ialah bermuka masam yang membuatkan orang curiga kepadanya☺












Sabtu, 25 Februari 2012

Kelas Pengurusan Teknologi

Mulai esok start laaa kelas pengurusan teknologi....semester nie pula kelas kat UIAM,Gombak...tak tahu laaa ape motif UTM buat kelas kat situ semester nie...sebelum nie kelas kat Yayasan Selangor dan KLMU, Setapak...



EMMMM,,,makin jauh laaa kene menapak nak sampai kelas..thanks to ABHI sbb sudi hantar tanpa merungut...penat dan jemu..


semester nie ambil 1 subjek je,,,berbaki satu laaagiiii yang tak dapat nk diambil Lukisan Kejuruteraan sbb redundant ngan subjek ini.... ;(


tak dapat laa nak grads ngan kawan2 seangkatan....sobbb.,...sobbb... YA ALLAH REDHAKAN AKU DENGAN KETENTUANMU INI....ada hikmah disebalik semua ini.... :)

Isnin, 13 Februari 2012

Minyak Zaitun


“Demi buah Tinn dan buah Zaitun, demi gunung Sinai dan negeri (Makkah) yang dijadikan aman.” (Surah At Tinn : Ayat 1)

☺Entry kali nie pasal minyak zaitun. Research pasal minyak zaiton bermula apabila pertama pensyarah elektrik (En. Zulfakar Aspar) buka cerita kat kelas, dia pakai minyak zaiton untuk memasak, dan tak pakai langsung dah minyak kelapa sawit, walaupun umum mengetahui harga minyak zaiton sangat mahal jika dibandingkan dengan minyak sawit dan lain2 yang selalu rakyat malaysia guna untuk memasak. Dengan alasan dia dan keluarga malas nak bersenam. Sangat tertarik dengan kenyataan dia♥


Kedua, bertambah minat untuk tahu lebih lanjut pasal minyak zaiton apabila Doktor Asmah Yun menasihatkan supaya menggunakan minyak zaiton untuk strech mark ku dia perut. Dia kata minyak zaiton adalah paling baik♥


“..lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang BANYAK MANFAATNYA, (iaitu) pokok Zaitun“. (Surah An Nur : Ayat 35)


Ketiga, balik kampung jerantut time cuti Maulidur Rasul, diberitahu oleh mak pasal dia guna minyak zaiton untuk mengurut badan dan sakit lutut yang dialaminya. Dan sangat mujarab. Tapi ada cara yang diamalkan yang dipelajari drpd salah seorang ustaz dari rancangan "Tanyalah Ustaz TV9". Santapan rohani yang wajib ditonton oleh keluarga di kampung setiap pagi. Seronok suasana itu♥

photo
Ladang Pokok Zaitun di Andalusia Spain

Pengenalan

☺Minyak zaitun yang dihasilkan dari pohon zaitun merupakan produk asli hasiltani di benua Asia Kecil dan taburannya bermula dari Iran, Syria dan palestin sehingga keseluruhan Mediterranean semenjak 6,000 tahun yang lalu. Pohon zaitun yang berkat ada disebut dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur. Semenjak 1400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad SAW telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan dan penjagaan badan, di mana Baginda SAW sendiri menggunakannya sebagai minyak rambut. Antara kandungan minyak zaitun adalah fenol, sterol, pigmendan squelen yang memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia♥


Dipesan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sabda baginda;

“Gunalah sari Zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pokok yang DIBERKATI”. (Riwayat At Tirmidzi Dan Ibnu Majah)

Kegunaan Dan Kelebihan Minyak Zaitun

☺Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian

☺Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis

☺Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)

☺Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut

☺Antioksidan

☺Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)

☺Membekal vitamin E

☺Kecantikan (kulit dan rambut)

☺Kestabilan asid lemak

☺Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan

☺Kegunaan masaj terapi ♥

Penggunaan:

☺Gunakan dalam masakan menggantikan minyak masak kelapa sawit.

☺Mengambil secara terus sekurang-kurangnya 2 sudu makan setiap hari.

p/s: ☺harga minyak zaiton dalam lingkungan RM30 bagi 1 liter...itupun yang saya beli time sales kat jusco. manakala bagi minyak zaiton HPA jual pl RM40 utk 7 ml..... tepuk dada tanya selera,,,,klu rasa2 nak sihat ape salahnye berkorban skit utk cuba guna minyak zaiton dalam masakan harian...tapi bagi kawan2 yang suka bersenam, tak perlu laa kot.... :) ♥ ♥ ♥






Jumaat, 10 Februari 2012

99 Asmaul Husna


Assalamualaikum,,,,hari ni nak share video 99 asmaul husna yang sngt best...Raudhah pun suka tengok..kadang2 sampai tertidur...ulang bnyk2 kali pun si kecik tu tak kisah...
Dalam Al Quran, Allah s.w.t berfirman dalam beberapa surah mengenai Asma Ul Husna nie..Banyak kelebihan bagi mereka yang mengamalkannya.
Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud:

"ALLAH mempunyai Asmaa-Ul-Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat ALLAH S.W.T.), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asmaa-ul-husna itu." - (Surah Al-A'raf:180)

"Katakanlah: "Serulah ALLAH atau serulah AR-RAHMAN. Dengan nama yang mana saja kamu seru. Dia mempunyai al asmaul husna (nama-nama yang terbaik)

"Dialah ALLAH, tiada Tuhan melainkan Dia, Dia mempunyai al-asmaul-husna (nama-nama yang baik)"- (Surah Thaha:8)

Rabu, 8 Februari 2012

link yang sangat berguna




Assalamualaikum....

nak share kat sini link ini..sape2 berminat sila klik : muslimdiary
ia adalah link bagi himpunan artikel dan mcm2 lg..tulisan mereka2 yang sangat berpengaruh dalam dunia ilmu islam. sangat berguna untuk menambah ilmu pengetahuan...











Khamis, 5 Januari 2012

Ceritera tahun baru 2012



Assalamualaikum..
Semoga tahun baru ini, Allah s.w.t permudahkan segala urusan baik kita semua...
Semoga tahun ini, diriku dapat menghabiskan sisa 2 lagi subjek yang tak diambil dan sekaligus grads pada hujung tahun ini,,,,insyaALLAH,,,permudahkanlah YA ALLAH.


Lamanye tak buat ape2 entry kat blog nie.. Mcm2 perkara penting berlaku dalam tempoh ini..



27.12.2011 ~
Birthday puteri tersayang Nur Raudhah yang pertama. Ummi Sayang Raudhah.
"Happy Birthday my dearest and sweetest, not a day goes by when I do not think of you and how empty my life would be if you were not with me.
Hadiah u
ntuk Raudhah : hemmm .. Ummi Dan Abhi bagi Car..


29.12.2011 ~
Cucuk Raudhah untuk 1 tahun di Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak. Pegi kat kecemasan. berat Raudhah sudah mencapai 8.1kg pada usia satu tahun...berbanding sebelum ini,sewaktu check 6 bulan.Raudhah adalah seberat 7 kilo.Maknanya naik 1. kilo...Alhamdulillah.....


29.12.2011 ~

Check up Ummi di Hospital Pusrawi juga. Kandungan dan berusia 6 bulan. First time jumpa Doktor Asmah Yun. Doktor yang sangat mesra dan banyak bagi maklumat pasal pregnancy. Doktor Asmah bnyk bagi ubat tambahan untuk kandungan. Neurogain(perkembangan otak bayi) , Ubat untuk senang penghadaman (kerana diriku menghadapi masalah berkait ngan penghadaman) serta ubat rutin untuk Ibu mengandung mcm ubat tambah darah & calcium. Untuk check up kali nie juga Doktor dah bgtahu jantina baby..Alhamdulillah.Segalanya terjawab. Abhi dan Ummi mmg nak tahu sangat..bukan pe,,senang nak beli baju dan kelengkapan lain....tapi tak bnyk pun perlu dibeli..Barang2 Raudhah masih boleh digunakan.


31.12.2011 hingga kini (5.1.12)

Puteri tercinta demam, cirit birit dan muntah. Kesian sangat tengok dia mcm tu. walaupun sedang tak sihat, Raudhah tetap tak banyak ragam. Tapi bukan laa tak de ragam langsung.. nangis2 manja tu biasala. Terima Kasih tak terhingga kepada Abhi Raudhah yang banyak berkoban masa dan tenaga untuk menjaga Raudhah sepanjang tempoh ini.bangun malam, tak tido malam dan layan Raudhah tanpa jemu. Ummi Raudhah nie dah tak larat sngt..
emm...today 5.1.12 Abhi pula demam dan muntah2. jangkit dari Raudhah kot. Semoga mereka berdua akan semakin sihat.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima Kasih Di Atas Sokongan Anda Kepada Bisness Kecil Saya. Sangat Bermakna dan Syukur Dipertemukan Di Alam Yang Luas Ini. Semoga Allah s.w.t Membalasnya.

Shaklee sentiasa selamat, berkesan dan semulajadi