Khamis, 9 April 2015

Masalah Kesuburan


Untuk Lelaki:

  1. Berumur lebih dari 30 tahun. Kerana jumlah sperma akan menurun sebaik sahaja umur seorang lelaki mencecah 30 tahun. Kekurangan jumlah sperma menyebabkan potensi untuk mengandung juga menurun.

  2. Masalah imunisasi. Lelaki yang mengalami masalah yang berkaitan dengan imunisasi atau sering dihinggapi penyakit mempunyai sperma yang lemah.

  3. Masalah berat badan. Sama ada kekurangan atau kelebihan berat badan juga memberi impak terhadap tahap kesuburan.

  4. Menghidap penyakit jangkitan seksual atau STD. Lelaki yang menghidap penyakit ini memberi impak kepada penghasilan, kekuatan dan kesihatan sperma.



Untuk Wanita:


  1. Haid yang tidak teratur dan PCOS (Polycystic Ovary Syndrome). Haid yang tidak teratur bermaksud ovulasi yang tidak teratur. Ini adalah masalah yang selalu dihadapi oleh wanita yang sudah berkahwin. Ada sesetengah wanita berjaya menangani masalah ini dengan diet yang seimbang dan senaman yang berkala tetapi ada juga yang terpaksa memakan pil hormon seperti Clomid dan sebagainya. PCOS pula adalah dimana ovari mengandungi banyak folikel cyst yang menghalang ovulasi dari berlaku. Tanda-tanda seseorang itu mengalami PCOS adalah haid yang tidak teratur, bulu yang lebat, masalah jerawat dan obesiti.

  2. Berumur lebih 30 tahun. Walaupun ini bukan masalah utama tetapi tahap kesuburan seorang wanita biasanya akan menurun apabila mencecah umur 30 tahun.

  3. Menghidap penyakit jangkitan seksual atau STD
Bagaimana? Adakah anda mempunyai ciri-ciri seperti di atas? Sekiranya anda masih tidak hamil setelah berkahwin lebih dari setahun atau mempunyai ciri-ciri seperti yang di senaraikan di atas, maka segeralah mendapatkan khidmat nasihat doktor pakar. Jangan lupa sentiasa berdoa di murahkan rezeki  dan janganlah berputus asa untuk terus berusaha.

Syuhada Ishak
019 751 6020 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima Kasih Di Atas Sokongan Anda Kepada Bisness Kecil Saya. Sangat Bermakna dan Syukur Dipertemukan Di Alam Yang Luas Ini. Semoga Allah s.w.t Membalasnya.

Shaklee sentiasa selamat, berkesan dan semulajadi