Selasa, 25 Ogos 2015

Perlu Ke Ambil Vitamin?

Perlu Ke Ambil Vitamin?

Seimbangkah Makanan Anda? Perlukah Ambil Vitamin?
Apakah itu makanan seimbang?
1. Mengikut sumber terbaru dari U.S. Food and Drug Administration, makanan seimbang mestilah mengandungi:
        6-11 hidangan daripada kumpulan roti, bijirin, pasta dan nasi.
        3-5 hidangan dari kumpulan sayuran hijau.
        2-4 hidangan dari kumpulan buah-buahan.
        2-3 hidangan dari kumpulan daging, ayam, ikan, telur dan kekacang.
        2-3 hidangan dari kumpulan hasilan tenusu iaitu susu, keju dan dadih.
        Lemak dan minyak hendaklah diambil sedikit yang mungkin.

Persoalannya? Perlukah Ambil Vitamin?
Mampukah kita memenuhi keperluan harian di atas, bagi memastikan sel-sel kita cukup segala zat yang diperlukan? Pernahkah kita menggambil 3-5 mangkuk sayur sehari atau buah 2-4 mangkuk sehari setiap hari?
Bayangkan kekurangan berlaku setiap hari, apa kesannya jika sebulan, setahun, sepuluh tahun, puluhan tahun? Bayangkan kekurangan itu untuk zat yang sama apa akan berlaku pada sel, tisu, organ dan sistem yang berkaitan?
Bagaimana pula bagi kumpulan dari kategori di bawah yang pastinya keperluan nutrien mereka melebihi dari carta diatas:
* Wanita mengandung
* Wanita menyusukan.
* Pelajar dan Mereka-mereka yang memerlukan banyak berfikir
* Orang yang membuat banyak aktiviti-aktiviti fizikal, spt atlit, ahli bina badan dan pekerja buruh kasar. 
Selamatkah Makanan yang Kita ambil Setiap Hari?
Selamatkah sayur kita? Tokey-tokey sayur di Cameron Highland dikatakan tak makan sayur yang dia nak jual tapi diaorang tanam disatu kawasan lain untuk makan sendiri, sebab dia tahu racun apa dia dah sembur sehingga ulat pun tak sudi nak makan atas sebab-sebab keselamatannya.patut la sayur sihat2 je kan.hahah..tapi kita pulak cari sayur yang ulat tak makan sebab nampak cantik dan sihat, segar dan berkhasiat lah kononnya.  Jadi untuk selamat sebenarnya kena makan sayur yang ditanam sendiri. tanpa baja dan organik je semuanya.  
Tapi mampukah kita?
Tahukah ayam dan daging pula mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Maka tak hairanlah gejala penyakit pembunuh seakan menjadi seperti satu wabak yang disebabkan virus…sedangkan mana ada virus kanser, kencing manis, darah tinggi, jantung dsb?
Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa, oh so scary~~~

Ada Trilion Sebab Kepada Persoalan Perlukah Ambil Vitamin?
Kerana badan kita mengandungi Trillion Of cells. Billions sel baru dikeluarkan setiap hari. Setiap sel merupakan enjin berkuasa tinggi yang memerlukan bahan mentah (nutrien) bermutu tinggi untuknya berfungsi dengan baik.
Kualiti dan kuantiti nutrien yang diambil mempengaruhi setiap sistem di tubuh kita: sistem jantung dan penghadaman, pembiakkan, pembuangan, otot, sistem saraf dan segalanya. Dalam erti kata lain, bagaimana kita dilihat, yang kita rasa dan prestasi kita berkait rapat dengan pengambilan nutrien harian kita. So pastikan ini berlaku…
Badan Kita Tak Mampu Menghasilkan Semua Keperluan Nutrien Kita
Kajian menunjukkan pengambilan nutrien yang mencukupi samada melalui makanan atau vitamin dan Gaya Hidup sehat dapat mengelakkan penyakit-penyakit utama seperti kanser, jantung, kencing manis dsb antara 60-90 %.
Kesimpulannya kepada persoalan “perlukah Ambil Vitamin?”:
Kesihatan yang Baik adalah PILIHAN…bermakna, Penyakit (dalam banyak kes juga) adalah PILIHAN…kita mampu buat pilihan yang lebih bijak. 
Untuk keteranagn lanjut dan perkhidmatan , hubungi saya di:
Syuhada Ishak 
019 751 6020 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima Kasih Di Atas Sokongan Anda Kepada Bisness Kecil Saya. Sangat Bermakna dan Syukur Dipertemukan Di Alam Yang Luas Ini. Semoga Allah s.w.t Membalasnya.

Shaklee sentiasa selamat, berkesan dan semulajadi