Khamis, 27 Ogos 2015

Betulke Kekurangan Kalsium Bahayakan Kesihatan?

Betulke Kekurangan Kalsium Bahayakan Kesihatan

Kalsium
Benarkah Kekurangan Kalsium Bahayakan Kesihatan
Kita sedia maklum Kalsium amat perlu untuk badan dan tidak dinafikan juga Kalsium berlebihan dalam badan dapat memudaratkan sistem tubuh badan.
Tubuh badan bagi orang dewasa memerlukan 800-1200 mg kalsium setiap hari. Menurut pakar kesihatan kurangnya kalsium dalam tubuh badan boleh menjejaskan kesihatan. Kekurangan kalsium akan memberi kesan kepada tulang atau osteoporosis.
Antara masalah yang ada kaitan dengan kekurangan kalsium dalam tubuh badan seperti :
1. Osteoporosis
Osteoporosis adalah kepadatan tulang kian merosot dan akan menyebabkan tulang mudah menjadi rapuh dari dalam. Tulang yang normal perlu mengandungi kolagen, protein serta kalsium yang mencukupi.
Kajian juga telah membuktikan manusia yang berusia lingkungan 25 tahun mengalami kekurangan kalsium dalam tubuh badan sekitar 1 hingga 2 peratus, bagi yang berusia 50 hingga 65 tahun, kalsium dalam tubuh badan akan bertambah kurang sehingga mencecah 30 peratus dan bagi usia lingkungan 67 hingga 70 tahun kehilangan kalsium boleh mencecah 60 peratus dan lebih. Untuk mengatasi perkara ini, kita perlu mengamalkan cara permakanan yang seimbang terutapa tentang pengambilan kalsium yang secukupnya.
2. Ketegangan Otot
Ketegangan Otot boleh dikaitkan dengan kekurangan kalsium dalam tubuh badan menyebabkan otot tidak stabil dan cepat berlaku kekejangan. Kejadian kekejangan otot ini mudah dijumpai pada wanita sedang hamil, berpunca dari aliran darah yang tidak lancar dan tekanan dari dalam Rahim yang kian berat. Wanita hamil disarankan mengambil zat kalsium yang mencukupi bagi mengawal situasi ini.
3.  Degupan Jantung Kuat
Degupan jantung yang kuat berkemungkinan besar akibat kekurangan kalsium dalam tubuh badan terutama di bahagian jantung. Kalsium juga amat penting bagi menjaga prestasi jantung.
4. Hipertensi
Kebanyakkan dari kita yang kekurangan kalsium akan mengalami Hipertensi, masalah hipertensi ini berlaku disebabkan terdapat  gangguan penyerapan kalsium ke dalam tubuh badan akibat penggambil makanan yang mempunyai kuantiti garam yang tinggi. Pentingnya kalsium dalam tubuh badan adalah dapat mengawal tekanan darah.
5. Rickets
Kekurangan kalsium juga menjadi sebab utama tulang membengkok yang dikenali sebagai (Rickets). Rickets mudah terjadi kepada kanak-kanak , oleh demikian ibu bapa perlu memantau pengambilan kalsium bagi kanak-kanak dengan secukupnya.
6. Gangguan kognitif
Mudah lupa dan kurang menumpukan kerja disebabkan gangguan kognitif dalam tubuh badan akibat kekurangan kalsium. Kalsium merupakan mineral yang penting dan juga berperanan dalam penghantaran impuls saraf, jika kekurangan kalsium akan menyebabkan penghantaran impuls saraf terganggu dan berlakulah gangguan kognitif.
7. Kemurungan
Kekurangan kalsium dalam tubuh badan boleh menyebabkan kemurungan. Kebanyakkan pesakit mengaku yang mereka tidak mengambil kalsium dalam kadar secukupnya dan masalah kemurungan ini mucul dalam hidup mereka.
Kesimpulan disini masalah gangguan kesihatan yang timbul akibat kekurangan kalsium dalam tubuh badan tidak boleh dipandang remeh, bagi mengekalkan kesihatan yang terbaik, kandungan kalsium dalam tubuh badan perlu berada di tahap normal dan pengawalan juga perlu agar pengambilan kalsium tidak terlalu berlebihan dan tidak berkurangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima Kasih Di Atas Sokongan Anda Kepada Bisness Kecil Saya. Sangat Bermakna dan Syukur Dipertemukan Di Alam Yang Luas Ini. Semoga Allah s.w.t Membalasnya.

Shaklee sentiasa selamat, berkesan dan semulajadi