Jumaat, 4 September 2015

Ar-Rahman

surah dan terjemahan ar rahman.. 
Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
(Ar-Rahmaan 55:1) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A002
Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.
(Ar-Rahmaan 55:2) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A003
Dia lah yang telah menciptakan manusia; -
(Ar-Rahmaan 55:3) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A004
Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.
(Ar-Rahmaan 55:4) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A005
Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;
(Ar-Rahmaan 55:5) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A006
Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.
(Ar-Rahmaan 55:6) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A007
Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,
(Ar-Rahmaan 55:7) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A008
Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;
(Ar-Rahmaan 55:8) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A009
Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.
(Ar-Rahmaan 55:9) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A010
Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:
(Ar-Rahmaan 55:10) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A011
Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;
(Ar-Rahmaan 55:11) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A012
Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;
(Ar-Rahmaan 55:12) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A013
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
(Ar-Rahmaan 55:13) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A014
Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,
(Ar-Rahmaan 55:14) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A015
Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;
(Ar-Rahmaan 55:15) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A016
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahmaan 55:16) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A017
(Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.
(Ar-Rahmaan 55:17) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A018
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahmaan 55:18) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A019
Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;
(Ar-Rahmaan 55:19) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A020
Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;
(Ar-Rahmaan 55:20) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A021
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahmaan 55:21) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A022
Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;
(Ar-Rahmaan 55:22) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A023
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahmaan 55:23) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A024
Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;
(Ar-Rahmaan 55:24) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A025
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahmaan 55:25) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A026
Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:
(Ar-Rahmaan 55:26) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A027
Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:
(Ar-Rahmaan 55:27) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A028
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahmaan 55:28) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A029
Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!
(Ar-Rahmaan 55:29) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A030
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?
(Ar-Rahmaan 55:30) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A031
Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!
(Ar-Rahmaan 55:31) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A032
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahmaan 55:32) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A033
Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!
(Ar-Rahmaan 55:33) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A034
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahmaan 55:34) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A035
Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);
(Ar-Rahmaan 55:35) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A036
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahmaan 55:36) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A037
Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;
(Ar-Rahmaan 55:37) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A038
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahmaan 55:38) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A039
Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);
(Ar-Rahmaan 55:39) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A040
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahmaan 55:40) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A041
Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);
(Ar-Rahmaan 55:41) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A042
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahmaan 55:42) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A043
(Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya ".
(Ar-Rahmaan 55:43) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A044
Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!
(Ar-Rahmaan 55:44) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A045
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahmaan 55:45) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A046
Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, -
(Ar-Rahmaan 55:46) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A047
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahmaan 55:47) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A048
(Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -
(Ar-Rahmaan 55:48) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A049
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahmaan 55:49) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A050
Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; -
(Ar-Rahmaan 55:50) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A051
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.
(Ar-Rahmaan 55:51) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A052
Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).
(Ar-Rahmaan 55:52) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A053
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahmaan 55:53) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A054
Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.
(Ar-Rahmaan 55:54) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A055
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahmaan 55:55) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A056
Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
(Ar-Rahmaan 55:56) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A057
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahmaan 55:57) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A058
Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.
(Ar-Rahmaan 55:58) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A059
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahmaan 55:59) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A060
Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?
(Ar-Rahmaan 55:60) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A061
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahmaan 55:61) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A062
Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);
(Ar-Rahmaan 55:62) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A063
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahmaan 55:63) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A064
Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;
(Ar-Rahmaan 55:64) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A065
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahmaan 55:65) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A066
Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:
(Ar-Rahmaan 55:66) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A067
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahmaan 55:67) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A068
Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,
(Ar-Rahmaan 55:68) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A069
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahmaan 55:69) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A070
Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;
(Ar-Rahmaan 55:70) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A071
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahmaan 55:71) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A072
Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;
(Ar-Rahmaan 55:72) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A073
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahmaan 55:73) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A074
(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;
(Ar-Rahmaan 55:74) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A075
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahmaan 55:75) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A076
Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.
(Ar-Rahmaan 55:76) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A077
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahmaan 55:77) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A078
Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.
(Ar-Rahmaan 55:78) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima Kasih Di Atas Sokongan Anda Kepada Bisness Kecil Saya. Sangat Bermakna dan Syukur Dipertemukan Di Alam Yang Luas Ini. Semoga Allah s.w.t Membalasnya.

Shaklee sentiasa selamat, berkesan dan semulajadi